![]() |
Semua orang perlukan wang ringgit di dalam kehidupan |
![]() |
Makanan- hak asasi manusia |
Semua orang memerlukan makanan. Boleh dikatakan juga makanan adalah hak asasi setiap insan. Tetapi pada zaman yang serba mencabar kini, wang ringgit seperti tiada nilainya. Mengapa dan kenapa? Pasti kerana inflasi sudah melambung naiknya. Apabila inflasi meningkat, nilai wang ringgit juga semakin rendah. Sekiranya sepuluh tahun yang lepas, kita boleh membeli pelbagai jenis barangan pada jumlah RM50.00. Kini nilai RM50.00 seumpama RM 10.00 sahaja. Tiada lagi istilah bermewah-mewah dengan wang berjumlah RM50.00. Harga makanan juga mencanak naik. Apa agaknya nilai gaji bulanan seorang bapa yang hanya berjumlah RM1000.00 bagi sebuah keluarga dengan 5 orang ahli, ibu pula tidak bekerja, terutamanya di bandar kosmopolitan seperti Kuala Lumpur atau Johor Bahru. Perit bukan? Bagi yang bergaji besar, dengan sisa baki RM 4000.00 setelah ditolak segala hutang piutang, anda mungkin di zon selesa, tetapi untuk pekerja kilang dengan baki di tangan RM500.00 setiap bulan, mungkin bagai pecah kepala mahu dicari wang saku yang lebih. Mengapakah di negara kita, inflasi begitu tinggi, dan harga makanan naik tanpa kawalan pihak yang berkuasa. Saya sesungguhnya tiada jawapannya. Anda bagaimana?
No comments:
Post a Comment