Tuesday, January 11, 2011

Bila Haram Jadi Halal, Halal Jadi Haram



Terfikir sejenak, tidak pasti bagaimana hendak saya nilaikan keadaan di bumi Malaysia ini. Yang saya hampir pasti ialah, ramai sungguh manusia yang begitu bijak mentafsir ayat-ayat Al-Quran demi menghalalkan sesuatu yang haram. Yang haram semememangnya tetap haram, tetapi kenapa harus kita melawan hukum Allah. Lelaki pasangannya wanita, wanita pasangannya lelaki. Namun mutakhir ini, semakin ramai pasangannya adalah sejantina. Sudah banyak kali saya terserempak dengan insiden di mana wanita yang elok pakaiannya (bertudung) pasangannya juga wanita berpakaian seperti lelaki ( tubuh badan - flat-chested di dalam Bahasa Inggeris). Yang "lelaki" selalunya bertopi, berseluar jeans dan berkemeja lelaki. Tetapi air muka "lelaki" tersebut dalam pandangan mata saya sememangnya seorang wanita. Terhiris hati saya melihat insiden ini. Itu belum lagi dengan pasangan sejantina lelaki yang cuba mengaburi pandangan masyarakat dengan tidak menunjukkan kemesraan di depan khalayak. Manusia akhir zaman.....
      Saya tidak kisah digelar katak di bawah tempurung, kononnya tidak "sporting". Tetapi saya hanya seorang manusia yang sangat takut dengan keadaan sekeliling apabila manusia melawan hukum alam. Saya sangat takut melihat keterbukaan masyarakat dengan blog-blog membincangkan isu ini, belum lagi ditambah dengan pandangan penulis-penulis terkenal menyokong kebebasan memilih pasangan sejantina ( boleh dirujuk akhbar-akhbar Bahasa Inggeris seperti The Star). Ada sesetengah blog sempat mentafsirkan ayat Al-Quran bagi menyokong tindakan tersebut. Maaf, saya bukan seorang yang layak untuk mentafsir ayat Al-Quran, saya juga amat takut menyatakan perkara haram itu boleh dikatakan halal, sedangkan di dalam Al-Quran sendiri sudah dinyatakan ia tetap haram. Suka saya petik, tulisan Datuk Harussani Zakaria , Mufti Perak di dalam Mingguan Malaysia 9 Januari 2011 yang lalu, " Tidak dinafikan pada hari ini, bahawa dalam dunia hari ini Islam hidup bersama-sama dengan agama-agama lain yang pelbagai. Namun bagi umat Islam menganggap semua agama itu memiliki kebenaran yang sama saja, adalah salah. Kita umat Islam wajib berpegang teguh dengan firman Allah SWT dalam surah al-Imran: 19: 'Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam'. Umat Islam wajib berpegang, hanya Islam yang dapat membawa manusia ke jalan yang benar dan lurus seperti dikehendaki oleh Allah SWT".
    

2 comments:

  1. salam perkenalan,
    saya juga seperti anda, merasa jengkel dengan apa hubungan sejenis yang didasarkan dengan fahaman 'semua manusia mempunyai hak asasi dan berhak menentukan pilihan masing-masing' untuk menghalalkan hubungan terlarang ini. walau apapun, saya tetap berpegang, Tuhan jadikan manusia berpasang-pasangan, iaitu lelaki dan perempuan. Titik. Tiada dalih lagi. Hukum Tuhan tetap mengatasai hak asasi manusia. Sekadar pendapat 2 sen saya.

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan disambut. Maaf, agak lewat membalas komen puan. Tuntutan kerja sangat membataskan masa untuk melayari laman maya. Terima kasih di atas komen puan. Saya menyokong pendapat puan. Saya juga sangat tidak suka dengan perkembangan mutakhir kini, itu sebab saya terpanggil untuk memberikan pendapat saya. Kadang-kadang manusia lupa hukum Allah, yang dikejar cuma nafsu.

    ReplyDelete